Tuesday 19 May 2015

Sajak pertama yang telah aku tulis. (16/04/2015) Jangan telan.

Senyuman diletak atas wajah
Kerana tak mau yang lain berasa kau
dalam keadaan payah,
Segala kesakitan dikau telan
Kerana tak mau yang lain membuat spekulasi
bahawa kau kemurungan.

Oh, wahai manusia!
Adakah engkau sedar?
Berlaku cahaya bersinar
Berlalu awan mendung
Perjuangan ini kau teruskan
Biarpun tenagamu kehabisan.

Rohmu di suatu tempat yang gelap
Akan dikau mekar dan lenyap
Gundah
Bila kau mau ia pindah?
Keruntuhanmu disebabkan ralat
yang hanya berasal dari ayat.

Oh, wahai pejuang!
Adakah engkau sedar?
Kau mau menyelamatkan yang lain
meskipun kau tak mampu menyelamatkan diri
Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit
Suatu hari jasadmu akan meletup kerana terlalu pahit

Kini, jangan dikau telan
Kini, jangan dikau sembunyikan
Teruslah berjalan
Ya, aku setuju,
Ada mereka yang terlalu 'sibuk' dengan urusan diri
Akan tetapi ada mereka yang benar-benar peduli

Justeru,
Jangan kau telan.
Jangan telan.
Jangan.

No comments:

Post a Comment